Walk with me. In Shaa Allah. – Kt Melaka pas dapat bertanding 30 kerusi. Satu pon tak menang. PRU 15 nanti pas munkin dapat bertanding 47 kerusi..tapi tah berapa boleh menang. Waallahu aklam. 🤔

https://comewaltzwithme.wordpress.com/

Musuh BN gembira.

Musuh BN gembira dan ‘meraikan’ Datuk Seri Najib Razak Tun Razak dipenjarakan sebelum PRU-15, tetapi kegembiraan mereka tidak bertahan lama.

Mereka meramalkan pemenjaraan Najib Razak akan menamatkan aura ‘Bossku’ sekali gus melemahkan BN, tetapi sebaliknya yang berlaku.

*BN terus mara. Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran.*

*Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU-15 akan datang.*

Sebab itu kita perlu mengerti tentang maksud “character assassination” bagi memahami isu kod ‘merpati’ yang sedang dimainkan pembangkang,

“Character assassination” atau pembunuhan karakter yang menjadi senjata politik musuh BN bertujuan ‘membunuh’ nama baik seteru politik mereka.

*Mereka berharap nama Najib Razak berjaya ‘dibunuh’ selepas dipenjarakan, namun aura ‘Bossku’ masih jadi sebutan rakyat hingga hari ini.*

Menyebabkan lawan BN jadi seriau dan meneruskan misi pembunuhan karakter ‘Bossku’ walaupun Najib Razak kini berada dalam tahanan.

*Namun kita percaya dan yakin niat jahat lawan BN itu tidak akan berhasil kerana mereka terlepas pandang perkara pokok tentang ‘Bossku’.*

*Seperti pernah dijelaskan Najib Razak makna sebenar slogan ‘Bossku’ adalah rakyat. ‘Bossku’ yang sebenar disebalik istilah itu adalah rakyat.*

*Justeru, adalah mustahil untuk lawan BN melenyapkan aura ‘Bossku’ yang sebenarnya merupakan rakyat Malaysia.*

*”Bila kata ‘bossku’ pada saya, saya ingatkan diri saya bos adalah rakyat. Bila kata bosku bukan bererti bos sebenar. Rakyat jadi bos kita” – [Najib Razak/22 Februari 2019]*

#NajibRazak
#SolidaritiBossku
#PRU15
#RakyatPilihBN
#DemiKestabilan
#DemiKemakmuran
#demikesejahteraan

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0gibEopcz5tXQ5TzV597SF5hyN9YGuqmqGgUgAU7oBk1eMG3giA3r2nWNLnqKYgKel/?sfnsn=mo