Walk with me. In Shaa Allah. – Kt Melaka pas dapat bertanding 30 kerusi. Satu pon tak menang. PRU 15 nanti pas munkin dapat bertanding 47 kerusi..tapi tah berapa boleh menang. Waallahu aklam. πŸ€”

https://comewaltzwithme.wordpress.com/

Musuh BN gembira.

Musuh BN gembira dan ‘meraikan’ Datuk Seri Najib Razak Tun Razak dipenjarakan sebelum PRU-15, tetapi kegembiraan mereka tidak bertahan lama.

Mereka meramalkan pemenjaraan Najib Razak akan menamatkan aura ‘Bossku’ sekali gus melemahkan BN, tetapi sebaliknya yang berlaku.

*BN terus mara. Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran.*

*Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU-15 akan datang.*

Sebab itu kita perlu mengerti tentang maksud “character assassination” bagi memahami isu kod β€˜merpati’ yang sedang dimainkan pembangkang,

“Character assassination” atau pembunuhan karakter yang menjadi senjata politik musuh BN bertujuan ‘membunuh’ nama baik seteru politik mereka.

*Mereka berharap nama Najib Razak berjaya ‘dibunuh’ selepas dipenjarakan, namun aura ‘Bossku’ masih jadi sebutan rakyat hingga hari ini.*

Menyebabkan lawan BN jadi seriau dan meneruskan misi pembunuhan karakter ‘Bossku’ walaupun Najib Razak kini berada dalam tahanan.

*Namun kita percaya dan yakin niat jahat lawan BN itu tidak akan berhasil kerana mereka terlepas pandang perkara pokok tentang ‘Bossku’.*

*Seperti pernah dijelaskan Najib Razak makna sebenar slogan β€˜Bossku’ adalah rakyat. ‘Bossku’ yang sebenar disebalik istilah itu adalah rakyat.*

*Justeru, adalah mustahil untuk lawan BN melenyapkan aura ‘Bossku’ yang sebenarnya merupakan rakyat Malaysia.*

*”Bila kata ‘bossku’ pada saya, saya ingatkan diri saya bos adalah rakyat. Bila kata bosku bukan bererti bos sebenar. Rakyat jadi bos kita” – [Najib Razak/22 Februari 2019]*

#NajibRazak
#SolidaritiBossku
#PRU15
#RakyatPilihBN
#DemiKestabilan
#DemiKemakmuran
#demikesejahteraan

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0gibEopcz5tXQ5TzV597SF5hyN9YGuqmqGgUgAU7oBk1eMG3giA3r2nWNLnqKYgKel/?sfnsn=mo