Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :
- Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.
- Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
- Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.
- Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
- Tidak tidur selepas subuh.
- Tiada iri hati melihat orang lain.
- Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
- Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
- Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
- Istighfar sekurangnya 100 kali.
- Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
- Taat ibubapa.
- Solat di awal waktu.
- Hargai dengan apa yang ada.
Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.
In sha ALLAH. ❤️🤲
Kredit : Aku Menyintaimu Rasulullah